Jenis Pembalut perubatan

Pembalut perubatan boleh mengawal persekitaran kimia luka, untuk mencegah jangkitan dengan impregnasi bahan kimia antiseptik topikal.[3] Antiseptik yang biasa digunakan termasuk iodin povidon, pembalut kain tiras borasik atau minyak jarak.[4] Antibiotik juga sering digunakan bersama-sama pembalut untuk mencegah jangkitan kuman. Madu bergred perubatan merupakan salah satu pilihan antiseptik, dan terdapat bukti sederhana bahawa pembalut madu lebih berkesan daripada antiseptik. Kasa biasa digunakan untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan.[5] Pembalut bioelektrik berkesan dalam menyerang bakteria perintang antibiotik dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.[6][7]

Terdapat beberapa jenis pembalut perubatan yang biasanya terdapat di dalam peti pertolongan cemas, iaitu:[8]